Dermakanlah 1 klik Disini

Monday, November 15, 2010

Peraduan Dialog Lucu

Aku terjumpa artikal ni kat Berita Harian Online.. Aku nak kongsi kat korang sume la...

PERADUAN Dialog Lucu anjuran Komik-M terbitan PTS Publications Sdn Bhd (PTS) yang berlangsung sehingga 31 Disember ini dibuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia berumur antara 7 hingga 18 tahun.

PTS melalui kenyataan dalam e-melnya, berkata penyertaan perlu menggunakan borang dalam talian, manakala pemilihan pemenang berdasarkan undian Facebook 'Like' dan pemenang pertama, kedua, ketiga serta sagu hati, ditentukan berdasarkan jumlah butang`Like` oleh juri awam.

Peserta dikehendaki mengisi dialog yang sesuai pada ilustrasi yang disediakan pada laman web yang disediakan penganjur, iaitu http://komik-m.com/peraduan, manakala peraduan akan dibuka seminggu sekali pada setiap Isnin dan ditutup pada Jumaat.
Penyertaan dialog lucu enam peserta yang dipilih juri PTS akan diletakkan di Facebook Komik-M bagi diundi juri awam dan senarai pemenang akan diumumkan pada minggu berikutnya dan gambar kedua pertandingan akan disiarkan pada 15 hingga 19 November ini, manakala tempoh undian 22 hingga 26 November ini.

Bagi gambar ketiga pula, ia akan disiarkan pada 29 November hingga 3 Disember dan tempoh undian adalah daripada 6 hingga 10 Disember, manakala gambar keempat (13 hingga 17 Disember) dengan tempoh undian bermula 20 hingga 24 Disember ini.

Peserta saja perlu mengisi dialog yang sesuai pada ilustrasi menggunakan bahasa Melayu yang betul dan bahasa rojak atau singkatan tidak akan diterima penganjur dan setiap peserta boleh menghantar boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

Bagaimanapun, penganjur akan memilih satu saja penyertaan daripada seorang peserta setiap minggu, manakala maklumat lanjut hubungi talian 03-61880316 atau layari http://komik-m.com/peraduan.


No comments:

Post a Comment