gambar sekadar hiasan sahaja
Mohd Noor Hussain, 62, yang berkhidmat selama 32 tahun dalam tentera berkata, sebagai seseorang yang pernah berjuang mempertahan negara daripada musuh, beliau amat terkilan apabila mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram mahu diangkat sebagai wira, sedangkan negara ketika itu berada dalam keadaan huru-hara.
"Saya ingin bertanya, apa pengorbanan dilakukan peserta BERSIH sehingga boleh dianggap wira kerana perbuatan 9 Julai lalu itu lebih membawa kemusnahan negara, bukannya perjuangan ke arah kebaikan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dalam portal internet pembangkang, Harakahdaily, yang berkata, peserta BERSIH berhak dikalung wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke perhimpunan itu walaupun berdepan halangan dan rintangan.
Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Mejar pada 1993 berkata, adalah senang untuk memusnahkan negara seperti dilakukan BERSIH tetapi rakyat perlu sedar pengorbanan pemimpin menuntut kemerdekaan sehingga Malaysia menjadi maju seperti sekarang.
"Rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan aman sekarang, berkat perjuangan tokoh serta wira negara sebelum ini dan kita harus mengekalkan keadaan itu selama-lamanya dengan menjauhi kegiatan yang membawa kepada kemusnahan negara.
"Rakyat asing berpusu-pusu masuk ke Malaysia kerana aman serta mewah dan satu kerugian jika rakyat sendiri melepaskan nikmat itu kepada orang luar dengan mengadakan perhimpunan haram itu," katanya.
Beliau yang cedera parah apabila bom tangan meletup ketika cuba menyelamatkan seorang bakal pegawai tentera dalam latihan melontar bom berkata, kepimpinan BERSIH sepatutnya menggunakan platform Parlimen untuk bersuara.
Katanya, segala isi hati yang terbuku selama ini boleh dilontarkan di Parlimen kerana ia akan didengar serta dibahaskan dan jika baik untuk rakyat serta negara, ia boleh diluluskan untuk diwartakan.
-sumber Berita Harian Online-
Maaf la cakap ya,orang melayu main terjah je join Bersih ni.Tujuannya bagus,tapi banyak cara lain.paling tak boleh diterima,Ambiga tu dalang memurtadkan orang Melayu Islam.
ReplyDeletePenyokong PKr dah jadi keras hati,taksub dengan pemimpin.asalnya aku atas pagar,tapi bila dapat tau anwar dapat banyak dana dari NED,baru aku nampak agenda Amerika.