Dermakanlah 1 klik Disini

Thursday, July 7, 2011

Doa memohon keampunan


Mahukah Anda mengetahui doa memohon ampunan pada Allah atau istighfar yang sudah mencukupi segala hal, sudah mencukupi segala dosa? Inilah doa yang diajarkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Yang moga-moga menjadi rutin kita amalkan dalam doa-doa kita sehari-hari. Kerana kita tahu bahawa kita adalah manusia yang tidak sunyi dari kesalahan. Moga dengan doa ini, Allah mengampuni dan memaafkan kesalahan-kesalahan kita yang ada.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca doa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيئَتِى وَجَهْلِى وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِى
“Allahummagh-firlii khothii-atii, wa jahlii, wa isrofii fii amrii, wa maa anta a’lamu bihi minni. Allahummagh-firlii jiddi wa hazlii, wa khotho-i wa ‘amdii, wa kullu dzalika ‘indii”
(Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang kuperbuat tatkala serius maupun saat bersuka dan ampunilah pula kesalahanku saat aku tidak sengaja maupn sengaja, ampunilah segala kesalahan yang kulakukan)[1]
Penjelasan
Doa ini adalah doa yang mencukupi segala macam istighfar (memohon ampunan pada Allah). Kerana doa ini sifatnya umum mencakup semuanya dan disertai dengan perincian dengan lafaz yang tegas.
Makna doa ini adalah ‘Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya (dosa kecil maupun dosa besar). Ampunilah dosa yang muncul kerana kejahilan diriku, kerana sikap melampaui batas dalam segala hal. Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya yang kuketahui maupun tidak kuketahui, yang diperbuat dalam keadaan serius atau bersuka, dan yang diperbuat di kala keliru (tidak sengaja) dan di kala sengaja. Aku mengakui semua dosa-dosa ini, Ya Allah’.
Sedangkan kalimat doa yang terakhir “wa kullu dzalika ‘indii”, maksudnya adalah pengakuan kepada Allah bahawa kita adalah hamba yang penuh dosa. Kita mengakui semua dosa itu sehingga timbullah rasa hina di hadapan Allah, maka kita pun mohon ampun pada-Nya. Hal ini menunjukkan pada kita bahawa pengakuan seorang hamba terhadap dirinya bahawa ia penuh kekurangan, ini adalah salah satu sebab diterima taubat dan diampuninya dosa.
Renungkanlah Doa
Ada satu pelajaran dari sini yang perlu diperhatikan. Doa ini menunjukkan bahawa sudah seharusnya seseorang ketika berdoa merenungkan maksud doa yang ia panjatkan kerana ini memberikan pengaruh amat besar pada jiwa. Hal ini akan menimbulkan kekhusyu’an, rasa tunduk dan hina di hadapan Ar Rahman. Inilah yang menunjukkan sempurnanya ibadah seseorang dalam beribadah kepada Allah.
Pelajaran Penting
Syaikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Utsaimin rahimahullah memberikan faedah berharga mengenai doa:
[1] Hendaknya seseorang menghadirkan segala apa yang ingin ia minta.
[2] Ketika berdoa bererti kita sedang berinteraksi dengan Allah. Ketika seseorang merayu atau banyak meminta kepada Allah ketika interaksi tersebut, itu membuat Allah lebih menyukainya dibanding dengan hanya ringkas saja dalam meminta.
[3] Semakin banyak seseorang berdoa, bererti ia semakin dekat dengan Allah.
[4] Semakin banyak seseorang berdoa (memohon), itu tanda bahawa ia semakin dekat pada Allah Ta’ala. (Tafsir Surat ‘Ali Imran 1/116)
[Disarikan dari Syarh Ad Du’aa, Hamir bin ‘Abdul Humaid bin Miqdam, doa no. 84][2]

No comments:

Post a Comment