Dermakanlah 1 klik Disini

Monday, July 25, 2011

Gempur Singapura

SYABAS...Safee dikerumuni rakan dan pegawai pasukan selepas 
menjaringkan gol ketiga Malaysia di Stadium Jalan Besar.

MALAYSIA tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura bagi memadam kelebihan skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin.

Dan tugas itu bukan mustahil untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan jentera serangan yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini.


Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Manakala penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya pula berjaya menjaringkan gol pembakar semangat dalam perlawanan itu meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian.


“Saya berpuas hati dengan prestasi sendiri kerana dapat membantu menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun dalam tempoh yang singkat,” kata Abdul Hadi yang menjaringkan gol kedua di peringkat antarabangsa selepas membantu Malaysia seri 1-1 dalam aksi persahabatan dengan Hong Kong Jun lalu.


Menurut penyerang Terengganu itu, moral pemain tidak terjejas sebaliknya bersedia untuk memastikan kemenangan pada pertembungan penuh getir sekali lagi dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.

“Kita mungkin leka dan terlalu berhati-hati ketika bermain di tempat lawan tapi kali ini kita kena melancarkan serangan untuk mendapatkan gol. Insya Allah saya yakin peluang kita masih ada untuk layak ke peringkat seterusnya,” kata Abdul Hadi.


Malaysia boleh melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 jika sekurang-kurangnya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat agregat 5-5 dan mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan.


Pada pusingan pertama sebelum ini, skuad kendalian Datuk K Rajagobal mengecewakan Taiwan hasil kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4.

-sumber mymetro-

No comments:

Post a Comment