Dermakanlah 1 klik Disini

Monday, July 18, 2011

Jadikan Ramadan bulan satu padukan umat Islam

TIDAK lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan yang penuh barakah dan pengampunan serta segala kebaikan.

Sebagai umat Islam tidak kira apa juga pegangan politik lupakan segala sengketa dan buangkan yang keruh serta ambillah yang jernih. Bersalam-salaman dan bertutur dengan perkara baik tanpa apa juga umpatan atau kata mengata dengan diiringi solat terawih sama ada di masjid dan surau.
Tidak perlu diadakan ceramah politik kerana mungkin perkataan hiris perasaan pada bulan mulia ini. Bermaaf-maaflah antara kita bermula Ramadan dan tidak perlu kita menunggu sehingga Syawal.

Jadikan Ramadan ini sebagai bulan penyatuan. Sejarah mengajar kita sejak wafatnya Rasulullah SAW lagi sudah bermulanya umat Islam berpecah di dunia ini yang menjadikan mereka lemah dan mudah diperkotak-katikkan musuh.

Kesilapan berlanjutan sehingga ke hari ini sepatutnya diperbetulkan kembali sebagaimana kukuhnya Islam pada zaman Rasulullah SAW dan sahabatnya.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban.

-sumber Berita Harian Online-

No comments:

Post a Comment