Dermakanlah 1 klik Disini

Tuesday, July 26, 2011

Panduan memilih Videografer Perkahwinan

Berikut adalah merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pengantin mengenai rakaman video di hari yang paling istimewa buat mereka iaitu video perkahwinan.

Kenapa Video?
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan saat-saat kegembiraan dan keceriaan satu-satunya majlis yang bersejarah dalam seumur hidup anda. Tiada ulangan yang dapat anda gantikan memori yang terhasil dari setiap sudut, setiap bunyi dan setiap perasaan di sepanjang kemeriahan majlis perkahwinan anda.

Hanya video yang dapat membuatkan anda menghayati kembali setiap detik indah bersama saudara-mara, rakan taulan dan juga yang tersayang. Mengimbas kembali perasaan anda di waktu itu. Menyegarkan kembali detik lafaz akad nikah mungkin setahun selepas itu... atau sepuluh tahun kemudian. Video akan merakamkan segalanya... keriuhan dan kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan yang jelas terpapar di wajah kedua-dua ibu bapa, gelak ketawa dan usik mengusik teman serta para tetamu yang hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya.

Bolehkah kawan atau saudara mara merakamkan video perkahwinan saya?
Boleh, jika anda tidak kisah dengan hasil kerja dan kualiti video perkahwinan anda. Semua orang boleh merakamkan video, tetapi bukan semua orang boleh menghasilkan video yang seronok ditonton.

Menghasilkan video yang baik memerlukan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya. Perubahan teknologi yang pesat dan kian canggih juga memperlihatkan berbagai peralatan video yang berkualiti tinggi untuk membenarkan videografer profesional menghasilkan hasil kerja video yang benar-benar berkualiti dan menarik.

Mungkin benar sesetengah orang mengatakan..."baik ada daripada tiada" (takpe! abang saya boleh rakamkan untuk saya). Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa apa gunanya video yang dirakamkan tersebut jika ianya tidak seronok ditonton, malah boleh pening kepala jika ditonton lama-lama. Mungkin ini yang akan kita dengar... Err..seganlah nak pinjamkan video kahwin saya kat awak.

Bagaimanakah hendak memilih videografer yang BAIK?
Sesetengah orang mungkin tidak mengambil berat soalan ini, malah mungkin tidak langsung memikirkannya. Mereka tidak pernah menyangka bahawa kesilapan memilih videografer boleh membuatkan mereka menyesalinya seumur hidup. (Berdasarkan dari penyelidikan dan pengalaman). Tiada apa lagi yang dapat dilakukan sekiranya video yang dirakamkan terlalu goyang, suara tidak jelas, warna yang pelik seperti kulit muka terlalu merah/ungu, dan yang paling teruk sekali terlepas detik-detik penting seperti lafaz akad nikah, berarak dan sebagainya.

Gunakan kriteria di bawah semasa menilai dan memilih videografer perkahwinan anda:-

1 Videografer sepatutnya memiliki dan tahu menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan visual dan audio yang baik (jelas, terang dan warna yang hidup)

2 Videografer sepatutnya tahu menggunakan alat penataan cahaya (lighting equipment) dengan baik bagi menghasilkan visual yang jelas dan terang.

3 Videografer sepatutnya kreatif dalam merakamkan video dari pelbagai sudut yang menarik.

4 Dan yang paling penting sekali, pastikan anda melihat/tonton contoh hasil kerja video perkahwinan yang pernah dibuat oleh videografer tersebut, bagi memastikan anda tahu kualiti yang bagaimana bakal anda perolehi bagi video perkahwinan anda kelak.


Gunakan kriteria di bawah untuk menilai contoh hasil kerja videografer:-

1 Adakah video tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersusun? Ini penting kerana video yang tidak menarik akan membuatkan anda cepat merasa bosan. Apatah lagi saudara dan rakan-rakan anda.

2 Adakah video tersebut mempunyai sentuhan suntingan yang kreatif, baik dari segi pemilihan lagu, kesan khas(effect) dan pemilihan visual yang menarik?

3 Adakah videografer mempunyai pelbagai contoh sesuai mengikut majlis dan kehendak citarasa anda? Terdapat berbagai jenis majlis perkahwinan yang berlainan situasinya seperti majlis akad nikah di rumah atau di masjid, bersanding di hotel/rumah/taman dan sebagainya.

4 Adakah video tersebut mempunyai keistimewaan tambahan seperti video klip gambar-gambar pasangan dari kecil hinggalah bercinta, video klip perkahwinan anda dan yang paling penting - adakah dikenakan bayaran tambahan untuk video tambahan tersebut?

Berapakah bayaran untuk perkhidmatan video perkahwinan?

Harga sebenarnya bergantung kepada citarasa anda. Kebanyakan videografer mempunyai pakej harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Terpulang juga berapa penting dan bermaknanya sebuah video perkahwinan anda kepada diri anda sendiri serta generasi anda di kemudian hari. Terdapat berbagai harga dari berbagai videografer yang ada pada masa kini. Peringatan... rakaman video perkahwinan anda adalah merupakan satu pembelian yang paling penting dan bermakna buat diri anda. Jangan pilih harga!. Pilih kualiti. Tiada penyesalan yang lebih teruk dari memiliki sebuah perkahwinan yang telah menelan belanja besar tetapi dirakamkan dengan teruk oleh video perkahwinan yang murah.

1 comment:

  1. agree. sy smpai la ni anak 2 video ape pun xdpt. :) susah nk deal sedara2 sndiri ni.. mmmm

    ReplyDelete