Dermakanlah 1 klik Disini

Tuesday, August 2, 2011

Tips Bajet Belanja Kahwin

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.

Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.

Mari kita semak! Berapakah kos anggaran MINIMUM yang anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?

Pergh! Mana nak cari duit sebanyak itu? Itu belum campur lagi pakej honeymoon? sewa rumah serta barang-barang kelengkapan di dalam rumah selepas berkahwin nanti? MEMANG TERTEKAN!!!...

Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..

Hutang Motorsikal
Hutang Kereta
Hutang PTPTN
Hutang Rumah
Hutang Mamak
Hutang Komputer
Hutang Koperasi
Hutang Kad Kredit
HUTANG KAHWIN?!

Berapa banyak hutang daaa?... Jikalau begini, jawapnya.. sampai ke tua, anda bekerja semata-mata hanya untuk membayar hutang sahaja. Terus-terang saya katakan, membuat pinjaman/hutang memang mudah! Ia boleh menyelesaikan masalah anda buat sementara waktu! Namun begitu, ia bukanlah suatu jalan penyelesaian yang bagus. Malahan, ia sebenarnya boleh membuatkan hidup anda lebih tertekan lagi.

READ MORE

1 comment:

  1. sgt2 setuju..tak yah kot nak hutang2..wat yg mampu je...tak yah nak mewah2 sgt..kalo ada orang sponsor bolela mewah2..hiks :p

    PELAJAR PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH MENERIMA LAYANAN SEPERTI BANDUAN

    ReplyDelete