Dermakanlah 1 klik Disini

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Perkara Penting Dalam Perkahwinan

Perkara pertama : Komitment

Tiada komitmen antara satu sama lain, hubungan perkahwinan pasti tidak akan bertahan laman. Apabila anda sudah berkahwin, anda perlu sentiasa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda berkahwin kerana anda ingin berkongsi hidup. Jadi, utamakan pasangan anda dari perkara – perkara lain. Dengan ini, ikatan perkahwinan anda akan jadi lebih kukuh dan kuat.


Perkara kedua : Bekerjasama

Anda tidak boleh hidup berdua jika tidak ada kerjasama. Lakukan semua perkara bersama – sama. Anda tidak boleh menganggap diri anda berkahwin jika anda tidak perna bekerjasama dengan pasangan anda. Hubungan anda berdua akan jadi lebih rapat jika anda berdua bekerjasama.


Perkara ketiga : berkomunikasi

Jangan anggap pasangan anda sebagai musuh. Sebaliknya anggap dia sebagai teman baik anda. Sentiasa luahkan apa yang anda rasa. Jangan takut hendak menerima pendapat dari pasangan anda. Kajian menunjukkan, pasangan yang berkahwin lebih bahagia jika mereka sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.


Perkara keempat : Kesetiaan

Sentiasa setia pada pasangan anda. Setia bermakna anda tidak akan pernah ingin menduakan dia. Pasangan yang setia pasti akan bertahan sehingga akhir hayat mereka.


Perkara kelima : Komedi atau jenaka

Untuk menguatkan lagi hubungan anda berdua, anda perlu ada buatkan pasangan anda selesa dengan anda. Sentiasa ceriakan rumah tangga anda dengan bergurau antara satu sama lain.


Perkara keenam : Persetujuan

Setiap perkara yang anda ingin lakukan, pastikan anda mendapat persetujuan dari pasangan anda. Jika semua perkara yang anda lakukan di persetujui pasangan anda, sudah pasti hubungan anda berdua akan menjadi lebih kukuh dan kuat.


Perkara ketujuh : Pengorbanan

Utamakan pasangan anda lebih dari anda utamakan diri anda sendiri. Kalau perlu, korbankan kehendak anda sendiri untuk menunaikan kehendak pasangan anda.

Thursday, July 7, 2011

10 perkara di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
”Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
”Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
”Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”





5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
”Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?