Dermakanlah 1 klik Disini

Friday, January 14, 2011

Bayi pengsan ditumbuk ibu




KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.

Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ihsan dari metro


Aku pon tak tahu le zaman sekarang zaman pe.. Zaman Moden ke Zaman Jahiliyah... Bila dipikir2 balik kita seperti "mahu" kembali ke zaman Jahiliyah... Sedangkan HAIWAN pon sayangkan anak inikan pula manusia... mane perginya rasa kasih sayang terhadap anak? tak sayang ke anak yang dikandungkan selama 9 bulan sendiri? 


Marilah kita perangi gejala-gejala PENDERAAN KANAK-KANAK... jika kita masih manusia yang masih waras fikiran... marilah kita sama-sama menolong anak-anak yang dikejami....
                                       unicef

3 comments:

  1. tubuh manusia tapi akal tak ada macam binatang.
    tapi binatang pun tahu kasih sayang.
    apalah nama yang lebih tepat untuk golongan jenis ini? Syaitan?

    ReplyDelete
  2. isk2 kejamnye..kalau xnk anak jgn la buat anak huh!marah ni..

    ReplyDelete
  3. manusia yg otaknya diletak dibuntut.. hari2 mencrit lama hilang otaknya!!!

    ReplyDelete