Dermakanlah 1 klik Disini

Friday, July 29, 2011

Avramovic puas hati

APA saja yang kritikan yang dilemparkan kepada pemain-pemainnya tidak diendahkan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic kerana baginya, pasukannya berhak untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 selepas mengatasi Malaysia menerusi agregat 6-4 malam tadi.

Radojko yang turut dikenali dengan gelaran Raddy berpuas hati dengan barisan pemainnya yang berjaya mengharungi sorakan padu 90,000 penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Baginya, keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua dengan Malaysia sudah cukup untuk mereka mara ke peringkat seterusnya walaupun pemain-pemainnya dikritik kerana bermain kotor kerana gemar melengah-lengahkan permainan.

“Ini perlawanan yang hebat dipamerkan kedua-dua pasukan. Kami sebenarnya boleh menjaringkan lebih dua gol dalam perlawanan ini tapi saya tidak faham dengan beberapa keputusan pengadil malam ini (semalam).


“Saya tidak fikir pemain saya sengaja melengah-lengahkan permainan kerana mereka sebenarnya memang cedera. Pengadil sepatutnya melindungi pemain-pemain,” katanya pada sidang media semalam.

-sumber mymetro-

1 comment: