Dermakanlah 1 klik Disini

Sunday, November 14, 2010

Lagi insiden bas terbalik

Sedang aku tengah ronda-ronda dalam internet ni dan tengok berita harian metro alangkah terkejutnya aku terdapat lagi insiden bas terbalik..

NGERI...bas mini 25 penumpang terbalik ke kiri bahu jalan selepas dirempuh bas persiaran di Jalan Batu Dua Tuaran, kelmarin.
NGERI...bas mini 25 penumpang terbalik ke kiri bahu jalan selepas dirempuh bas persiaran di Jalan Batu Dua Tuaran, kelmarin. 
 
KOTA KINABALU: “Saya hanya mendengar bunyi kuat seperti bom meletup dan tiba-tiba bas dinaiki terbalik sebelum saya terjatuh ke tepi pintu bas," kata Zajuli Mani, 19, antara penumpang yang terselamat dalam kejadian bas mini 25 penumpang terbalik selepas dirempuh sebuah bas pesiaran dari belakang di Jalan Batu Dua Tuaran, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, dua cedera parah termasuk pemandu bas mini terbabit, manakala lima yang lain mengalami luka di anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Bas mini membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Telipok sebelum terbalik.
“Ketika kejadian, saya sangka ada bom meletup kerana bunyi terlalu kuat, lalu saya dengan beberapa rakan yang berdiri terjatuh ke tepi pintu bas kerana bas itu terbalik.

“Saya dengan beberapa rakan lain mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri kerana khuatir bas itu meletup,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Konduktor bas mini, Bongsu Osman, 19, pula berkata ketika kejadian dia sibuk mengutip wang tambang bas.

“Ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada di depan tiba-tiba membrek dan masuk ke simpang kiri. Pemandu bas memperlahankan kenderaan, namun tiba-tiba dirempuh sebuah bas pesiaran dari belakang.

“Saya panik dan terus memecahkan cermin depan bas untuk keluar sebelum memberi pertolongan kepada pemandu bas yang tersepit,” katanya.
Mangsa dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).




3 comments:

  1. Malang Tak Berbau.. betol Org2 tua ckp... yg penting UTAMAKAN KESELAMATAN.. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

    ReplyDelete