NGERI...bas mini 25 penumpang terbalik ke kiri bahu jalan selepas dirempuh bas persiaran di Jalan Batu Dua Tuaran, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, dua cedera parah termasuk pemandu bas mini terbabit, manakala lima yang lain mengalami luka di anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Bas mini membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Telipok sebelum terbalik.
“Ketika kejadian, saya sangka ada bom meletup kerana bunyi terlalu kuat, lalu saya dengan beberapa rakan yang berdiri terjatuh ke tepi pintu bas kerana bas itu terbalik.
“Saya dengan beberapa rakan lain mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri kerana khuatir bas itu meletup,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Konduktor bas mini, Bongsu Osman, 19, pula berkata ketika kejadian dia sibuk mengutip wang tambang bas.
“Ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada di depan tiba-tiba membrek dan masuk ke simpang kiri. Pemandu bas memperlahankan kenderaan, namun tiba-tiba dirempuh sebuah bas pesiaran dari belakang.
“Saya panik dan terus memecahkan cermin depan bas untuk keluar sebelum memberi pertolongan kepada pemandu bas yang tersepit,” katanya.
Malang Tak Berbau.. betol Org2 tua ckp... yg penting UTAMAKAN KESELAMATAN.. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
ReplyDeletebtol-btol
ReplyDeletengeri sunggOh
ReplyDelete